Friday, February 26, 2010

Jalur lebar



Gambar saya di Bukit Tinggi

Ini lah keluarga saya

Nama saya Muhammad Haziq Bin Zaiful Kamil. Umur saya sepuluh tahun. Saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Batu 8 Lepar, Pekan, Pahang di dalam tahun 4 Arif . Di sekolah saya ada sebuah makmal komputer dan ada seorang juru teknik yang menjaga makmal tersebut. Setiap petang Jumaat kelas komputer diadakan untuk pelajar tahun 4. Kami diajar beracam-macam perkara tentang komputer.

Saya mula mengenali internet apabila jiran saya (juga rakan sekelas saya) iaitu Najwa berpindah ke New Zealand kerana bapanya menyambung PHD di sana. Najwa mempunyai blog sendiri iaitu Puterinajwa.blogspot. Najwa menulis tentang perkembangan dirinya di New Zealand di dalam blognya. Najwa juga mempunyai facebook sendiri. Saya sungguh cemburu dengan keupayaan Najwa membina blog dan Facebook. Secara perlahan-lahan saya mula belajar berkenaan internet. Langkah pertama, ayah saya membeli jalur lebar (broadband). Bermula dengan membaca blog Najwa, saya mula membina facebook sendiri iaitu Muhdhaziq023@gmail.com, saya dapat berinteraksi dengan Najwa melalui Facebook. Kemudian ayah Najwa mengajar saya menggunakan Oovoo dan Google talk pula. Kami dapat bercakap melalui Oovoo tetapi tidak dapat melihat wajah kerana talian jalur lebar di kawasan saya tidak begitu baik. Saya begitu seronok dapat ber Oovoo dengan keluarga Najwa di New Zealand.

Bandar Auckland, tempat tinggal Najwa sekarangNajwa dan keluarga, Chik Nan, Chik Asna, Arif, Yasmin & WafaNajwa SophiaArif AshrafWafa Husna Yasmin Hanin

Semasa saya dijangkiti penyakit cacar air iaitu “Chicken Pox” pada 8 Februauri 2010 ibu saya mengajar saya mencari maklumat dengan menggunakan jalur lebar tentang penyakit tersebut. Dengan hanya menaip “Chicken Pox” di enjin carian google, maklumat berkenaan penyakit cacar air seperti nama virus, cara jangkitan kaedah rawatan secara moden dan tradisional dan nama ubat dipamerkan. Ianya sungguh mudah dan maklumat saya perolehi di hujung jari.

Ayah pula mengajar saya mencari maklumat tentang cara bermain badminton melalui “you tube”. Selain itu saya juaga sudah pandai bermain permainan seperti Cafe world, Petville , farm ville dan Fishville melalui jalur lebar. Jalur lebar benar-benar mengubah hidup saya. Sekarang saya lebih gembira dapat membina blog sendiri walaupun tidak secantik mana dan saya sangat berharap agar blog saya dapat menandingi blog Najwa. Bagi saya jalur lebar benar-benar mengubah hidup saya. Terima kasih kepada penganjur kerana dengan pertandingan ini saya sudah ada blog sendiri.

Sekolah saya